SEJARAH KAMPUNG


Kampung Sungai Miri /Pagar mula dibuka pada tahun 1918 oleh beberapa orang penduduk asal dan anak- anak tempatan yang berbangsa Kedayan dan Brunei serta terletak bersempadan dengan Kampung Sungai Lada yang ada sekarang dan selepas pembukaan kampung inilah ramai penduduk Pulau Labuan bercucuk tanam seperti pokok kelapa, buah- buahan dan sebagainya.

      
Asal usul nama Kampung Sungai Miri / Pagar ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Ada sesetengah pihak berpendapat ia bersemperna nama seorang wanita Inggeris bernama “Marry” yang pernah datang berteduh di perairan kampung akibat ribut dan ombak besar yang terjadi ketika beliau sedang menaiki kapal layar. Maka dengan itu penduduk kampung menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Miri.

 
Ada juga yang berpendapat kerana kawasan ini sering didatangi oleh orang yang berasal dari Miri, Sarawak dan terus menetap di kampung ini.

   

Kawasan Sungai Pagar pula suatu ketika dulu dikhabarkan terdapat banyak binatang buas terutamanya babi hutan. Binatang- binatang ini selalu mengganggu  hasil tanaman  penduduk kampung yang bercucuk tanam. Antara tanaman penduduk kampung ketika itu  seperti ubi kayu, kelapa tembikai dan lain lain lagi. Maka penduduk kampung telah bergotong royong  membina pagar yang diperbuat daripada kayu yang besar dan dipotong sehingga tujuh kaki. Kemudian penduduk kampung membina parit yang panjang sedalam dua kaki ketanah dan disusun rapat rapat agar binatangbinatang tersebut tidak lagi menganggu hasil tanaman mereka.

 
Untuk mengenang jasa penduduk kampung yang telah bertungkus lumus membina pagar di kawasan tersebut, maka kawasan tersebut diberikan nama sebagai Sungai Pagar.

 
Mengikut statistik, jumlah penduduk yang terdaftar adalah seramai 1027 orang sehingga kini dan sebulat suara telah memutuskan untuk melantik Tuan Haji Tajudin bin Umar sebagai ketua kampung pada 1 Mac 2016 bagi mengantikan ketua kampung yang pertama kerana telah kembali kerahmatullah.

KEJAYAAN KAMPUNG